Fasa Baru

28 April 2010
Kini kandungan saya telah mencecah 29 minggu. Nurse pun dah bagi peringatan supaya saya membawa ke mana saja beberapa keperluan baby. Manala tau, baby nak keluar awal. Ikut kata doktor, due 12 julai.

Sepanjang kehamilan saya, macam2 yang telah kami (saya dan abe la. sape lagi) tempuhi. Seawal usia kehamilan 5 minggu, saya sudah duduk wad selama 4 malam. Itu semua gara2 urin test tunjuk positif. Tapi bila scan, doktor tak nampak apa. Dari scanner klinik, sampai la scanner hospital. Akibatnya, saya kena tahan di wad sebab doktor tak dapat nak diagnos lagi masalah saya. Paling mengharukan saya, sepanjang hujung minggu di wad, abe setia menemani saya. Dari pagi sampai la nak dekat isya'. Hari keje pulak, abis keje je terus ke wad. Kesian abe. Dia pulak yang tak terurus. Terima kasih ye abang...

Setelah 4 malam dan keputusan ujian darah saya dah keluar, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah, saya disahkan mengandung normal. Cuma, 2 minggu sekali saya ada temujanji di HTAA sebab cyst. Maka, bermulalah episod kami. Ulang-alik ke HTAA setiap 2 minggu. Masa tu jarak rumah kami ke HTAA lebih kurang 15km je.

Kini, setelah kandungan saya mencecah 29 minggu, kami cuma perlu ke HTAA sebulan sekali. Tapi sekarang jarak rumah kami ke HTAA dalam 40km. Abe lah yang setia menghantar dan menemani saya. Kadang2 abe ada mesyuarat lah, jaga exam lah, terpaksa dia curi2 masa. Terima kasih abang...

Itu belum cerita kadar hb saya yang sentiasa rendah. Tak pernah sampai 11. Pendek cerita, saya sekarang ada 3 tempat rutin yang perlu dilawati : 1) HTAA - temujanji untuk memantau perkembangan cyst. (sebulan sekali) 2) Klinik Peramu - temujanji untuk memantau hb. (2-3 minggu sekali) 3) Klinik Kg. Marhum - temujanji biasa (2minggu sekali)

Mungkin pengalaman saya tidak sesulit ibu2 mengandung yang lain. Tapi saya yakin setiap ibu punya cabaran yang tersendiri, yang hanya dia yang mampu menghadapinya. Bukankah Allah telah berfirman, yang membawa maksud, setiap manusia itu akan diuji, sesuai dengan kemampuannya untuk menghadapi ujian tersebut.

Akhir bicara, sayangilah dan hargailah ibu bapa kita. Walaupun zahirnya kita lihat ibu yang bersusah-payah mengandung, tapi pengorbanan bapa tak mungkin terbalas. Khas buat abang, terima kasih untuk segalanya.

Semboyan Sang Kekasih

18 April 2010 - Ketika ini abe ke pekan. Cari suratkhabar katanya. Pagi-pagi lagi tadi sebenarnya abe dah keluar. Tapi belum sampai suratkhabarnya. Maklum, kami duduk di pedalaman (sebenarnya tak la pedalaman sangat. Pekan, Pahang. Tapi itulah hakikat). Pagi ni kami bersarapan mee goreng. Biasa-biasa saja. Tapi sangat sedap kata abe (kebetulan latu. hehe..saya bukan terror sangat memasak).

Bukan kisah di atas tu yang nak saya kongsikan dalam entry kedua ni. Tapi kisah abe yang best tu yang tak putus-putus meniupkan semboyan supaya saya mengemaskini blog. Sebenarnya baru tiga hari abe tau tentang blog ni. Jadi, setiap hari abe menggalakkan saya supaya update blog. Yela, catatan sulung saya pun dah berusia beberapa minggu. Banyak alasan yang saya berikan. Tapi kesungguhan abe membuatkan saya kesian dengan abe. Abe tetap menyokong saya walaupun saya selalu menunjukkan tanda-tanda kurang berminat setiap kali bercakap tentang blog.

Akhirnya saya merumuskan, manusia memang perlukan kasih seseorang untuk terus maju ke hadapan. Saya perlukan kasih abe untuk terus berjuang mengemaskini blog. Hehe.. Kepada abe yang best, jangan berputus asa untuk meniupkan semboyan. (^_^)