Al-Fatih...


26 Mei 2010

Muhammad Al-Fatih adalah cucu pertama di dalam keluarga Tn Hj Mespuan Salam & Pn Hjh Hidayah Hakimah Siraj. Sekaligus menjadikan Fatih anak saudara saya yang pertama. Almaklum, nama pun yang pertama, rasa sayang banget.


Petang tadi, kurang lebih jam 5 saya menelefon abah. Mak & abah ada urusan rumah di Klang. Langsung mau melawat Fatih kata mak. Fatih baru saja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang melekat di hatinya Isnin lepas. Langsung saya bertanyakan khabar Fatih kerana ternyata mak & abah sudah berada di PPUM sejak Zuhur lagi.


Menurut mak, hari ni Fatih masih di wad ICU. Doktor menjangkakan Fatih akan berada di dalam wad ICU sekurang-kurangnya selama 5 hari. Maksudnya, Jumaat nanti insyaAllah Fatih boleh discaj dari ICU. Mak kata, Fatih masih berpuasa sebab dia demam. Tapi hari ni Fatih dah agak agresif. Jadi suara tangisan dia agak kuat. Mungkin saja rimas dengan wayar-wayar yang berselirat di tubuh kecilnya atau mungkin saja sebab sudah beberapa hari tak minum susu. Kasihan gundut mak ngah ni...Suara mak pun sebak ketika bercerita.


Kasihan keluarga abang saya. Abang saya kerja swasta. Jadi cuti tahunan tak banyak. Dia sendiri tak dapat menemani Fatih sepenuhnya di hospital. Asyik ulang-alik Melaka-PJ. Sudahlah Fatih memang lebih manja dengan abahnya. Kak Yam walaupun kerja kerajaan, dia sedang mengandung. Ikut perhitungan saya mungkin dalam 4 bulan. Saya doakan agar mereka semua sabar dan tabah menghadapi ujian & dugaan dari Allah.


Buat Al-Fatih, mak ngah doakan agar Fatih lekas sembuh. Terus gembirakan hati mama & abah ye...


Nama Sebagai Doa

25 Mei 2010
Esok temujanji saya yang entah keberapa kali di Klinik Kesihatan Peramu. Temujanji esok hanya untuk mengambil bacaan kepekatan darah (hb) saya. Prosesnya mudah. Sampai sahaja, terus daftar. Kemudian, darah saya akan diambil. Biasanya diambil di lengan kanan. Darah tadi terus dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan akan keluar dalam 2 minit. Kalau bacaannya stabil (bacaan hb saya sentiasa rendah. Kalau tak kurang dari 9 gm% kira stabil la tu), terus buat untuk temujanji seterusnya. Tapi proses yang sebegini mudah pun boleh ambil masa sampai 1 - 2 jam.

Alah bisa tegal biasa. Saya dah lali dengan aktiviti kat atas tu. Yang tak lalinya sekarang ni ialah sedang mencari ilham. Apakah nama yang terbaik untuk diberikan kepada anakanda yang bakal dilahirkan pada Julai nanti(menurut perhitungan doktor). Abe saban hari tanya; "dah senaraikan belum nama-nama yang nak diberikan pada anak kita?" Pening dibuatnya. Nak cari nama pun susah. Tapi saya memang nak menitik-beratkan soal nama ni. Sebab nama juga merupakan doa. Kalau hari-hari kita dipanggil "Farah". Sudah tentulah kita akan sentiasa riang dan gembira. Cuba kalau elok-elok nama kita Abu Bakar. Nama sahabat baik Rasulullah SAW lagi. Tapi dipanggil Burn. Apakah??? Jadi saya mencari nama yang bukan sekadar baik maknanya, tapi mudah bagi orang sekeliling memanggilnya dengan nama tersebut. Maklum, terkadang ada yang gemar memberi nama glamour. [nama-nama yang disebut tadi hanyalah sebagai contoh]

Sejak akhir-akhir ni rancangan "Ustaz Zamri Bercerita" menjadi tontonan saya saban hari. Kisah-kisah superhero & srikandi pada zaman Rasulullah SAW banyak diceritakan. Nama-nama superhero & srikandi tadi turut masuk dalam pertimbangan saya. Tapi nak senarai-pendekkan tu memang pening dibuatnya.

Akhirnya, kepadaNYA jualah kita kembali...kepadaNYA jualah kita minta diberikan petunjuk. Semoga pencarian saya ini diberikan kesudahan yang baik. Semoga anakanda yang bakal dilahirkan ini juga akan menjadi hambaNYA yang beriman & bertaqwa. Ameen...

Seputar Piala Thomas & Uber 2010

10 Mei 2010
Semalam bermulanya Kejohanan Piala Thomas & Uber 2010. Malaysia selaku tuan rumah begitu positif untuk menjuarai Piala Thomas pada kali ini setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1992 ketika zaman kegemilangan Sidek Brothers.

Apa yang nak saya perkatakan, tentang publisiti yang telah diberikan oleh negara kepada sukan ini. Baru-baru ni saya dan abe pulang ke Tangkak. Sepanjang perjalanan pulang ke Pekan, kami mendengar siaran radio dari sebuah stesen radio tempatan ni. Apa yang mendukacitakan, takde langsung publisiti tentang kejohanan badminton yang sudah pun berlangsung. Yang ada pasal kejohanan bola sepak piala dunia. Tak paham betul. Malaysia tak main pun dalam piala dunia tu. Tak habis2 nak promosi. Badminton tu, sekurang2nya boleh dibanggakan pencapaiannya. Siap jadi tuan rumah lagi. Apa la salahnya bagi promosi lebih sket. Katanya, sayangkan Malaysia.

Jadi, sepanjang 9-16 Mei ni melekatla abe depan tv. Die mmg fanatik dgn badminton. Cuma kdg2 kesian kat die. Susah dapat peluang nak main. Katanya takde geng. Nak ajak saya main, mcm tak patut pulak. Nnt la ye abang, lepas pantang boleh ajak saya main. Hehe...