25 Mei 2010
Esok temujanji saya yang entah keberapa kali di Klinik Kesihatan Peramu. Temujanji esok hanya untuk mengambil bacaan kepekatan darah (hb) saya. Prosesnya mudah. Sampai sahaja, terus daftar. Kemudian, darah saya akan diambil. Biasanya diambil di lengan kanan. Darah tadi terus dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan akan keluar dalam 2 minit. Kalau bacaannya stabil (bacaan hb saya sentiasa rendah. Kalau tak kurang dari 9 gm% kira stabil la tu), terus buat untuk temujanji seterusnya. Tapi proses yang sebegini mudah pun boleh ambil masa sampai 1 - 2 jam.
Alah bisa tegal biasa. Saya dah lali dengan aktiviti kat atas tu. Yang tak lalinya sekarang ni ialah sedang mencari ilham. Apakah nama yang terbaik untuk diberikan kepada anakanda yang bakal dilahirkan pada Julai nanti(menurut perhitungan doktor). Abe saban hari tanya; "dah senaraikan belum nama-nama yang nak diberikan pada anak kita?" Pening dibuatnya. Nak cari nama pun susah. Tapi saya memang nak menitik-beratkan soal nama ni. Sebab nama juga merupakan doa. Kalau hari-hari kita dipanggil "Farah". Sudah tentulah kita akan sentiasa riang dan gembira. Cuba kalau elok-elok nama kita Abu Bakar. Nama sahabat baik Rasulullah SAW lagi. Tapi dipanggil Burn. Apakah??? Jadi saya mencari nama yang bukan sekadar baik maknanya, tapi mudah bagi orang sekeliling memanggilnya dengan nama tersebut. Maklum, terkadang ada yang gemar memberi nama glamour. [nama-nama yang disebut tadi hanyalah sebagai contoh]
Sejak akhir-akhir ni rancangan "Ustaz Zamri Bercerita" menjadi tontonan saya saban hari. Kisah-kisah superhero & srikandi pada zaman Rasulullah SAW banyak diceritakan. Nama-nama superhero & srikandi tadi turut masuk dalam pertimbangan saya. Tapi nak senarai-pendekkan tu memang pening dibuatnya.
Akhirnya, kepadaNYA jualah kita kembali...kepadaNYA jualah kita minta diberikan petunjuk. Semoga pencarian saya ini diberikan kesudahan yang baik. Semoga anakanda yang bakal dilahirkan ini juga akan menjadi hambaNYA yang beriman & bertaqwa. Ameen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salan,,huhu~ nama sy ada dlm entry akk.
ReplyDeletesy cadangkn nama anak akk letak juga Siti..mcm umminye..hihi~
p/s: cik abg sy da senaraikan nama2 bakal ank kami awal2 lagi..huhu~ sy ikutkan aja..