Kehidupan Baru

3 September 2010

Sudah sekian lama saya tidak mengemaskini blog. Follower pertama saya (siapa lagi kalau bukan suami saya) tak jemu-jemu bertanya "bila nak update blog?". Hmm.....saya hanya mampu geleng kepala.

Syukur atas rahmatNya, tanggal 13 Julai 2010 yang lepas bersamaan 1 Syaaban 1431H saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.59kg melalui pembedahan di Hospital Teluk Intan, Perak. Kini saya dan suami sedang belajar untuk hidup dalam fasa kehidupan yang baru. Atas sebab itu la saya asyik tak berkesempatan untuk menjengah blog yang tak seberapa ni.

Hari ni, Nur Aisyah sudah berusia 53 hari. Dah pandai pun di ajak berbual. Sampai saya sndr kadang2 tak larat melayan dia.

Apapun, saya berharap agar dapat terus menulis.

Sekian dulu untuk edisi kali ini. Salam akhir Ramadhan yg pastinya dirindui orang 2 yg beriman..

Al-Fatih...


26 Mei 2010

Muhammad Al-Fatih adalah cucu pertama di dalam keluarga Tn Hj Mespuan Salam & Pn Hjh Hidayah Hakimah Siraj. Sekaligus menjadikan Fatih anak saudara saya yang pertama. Almaklum, nama pun yang pertama, rasa sayang banget.


Petang tadi, kurang lebih jam 5 saya menelefon abah. Mak & abah ada urusan rumah di Klang. Langsung mau melawat Fatih kata mak. Fatih baru saja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang melekat di hatinya Isnin lepas. Langsung saya bertanyakan khabar Fatih kerana ternyata mak & abah sudah berada di PPUM sejak Zuhur lagi.


Menurut mak, hari ni Fatih masih di wad ICU. Doktor menjangkakan Fatih akan berada di dalam wad ICU sekurang-kurangnya selama 5 hari. Maksudnya, Jumaat nanti insyaAllah Fatih boleh discaj dari ICU. Mak kata, Fatih masih berpuasa sebab dia demam. Tapi hari ni Fatih dah agak agresif. Jadi suara tangisan dia agak kuat. Mungkin saja rimas dengan wayar-wayar yang berselirat di tubuh kecilnya atau mungkin saja sebab sudah beberapa hari tak minum susu. Kasihan gundut mak ngah ni...Suara mak pun sebak ketika bercerita.


Kasihan keluarga abang saya. Abang saya kerja swasta. Jadi cuti tahunan tak banyak. Dia sendiri tak dapat menemani Fatih sepenuhnya di hospital. Asyik ulang-alik Melaka-PJ. Sudahlah Fatih memang lebih manja dengan abahnya. Kak Yam walaupun kerja kerajaan, dia sedang mengandung. Ikut perhitungan saya mungkin dalam 4 bulan. Saya doakan agar mereka semua sabar dan tabah menghadapi ujian & dugaan dari Allah.


Buat Al-Fatih, mak ngah doakan agar Fatih lekas sembuh. Terus gembirakan hati mama & abah ye...


Nama Sebagai Doa

25 Mei 2010
Esok temujanji saya yang entah keberapa kali di Klinik Kesihatan Peramu. Temujanji esok hanya untuk mengambil bacaan kepekatan darah (hb) saya. Prosesnya mudah. Sampai sahaja, terus daftar. Kemudian, darah saya akan diambil. Biasanya diambil di lengan kanan. Darah tadi terus dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan akan keluar dalam 2 minit. Kalau bacaannya stabil (bacaan hb saya sentiasa rendah. Kalau tak kurang dari 9 gm% kira stabil la tu), terus buat untuk temujanji seterusnya. Tapi proses yang sebegini mudah pun boleh ambil masa sampai 1 - 2 jam.

Alah bisa tegal biasa. Saya dah lali dengan aktiviti kat atas tu. Yang tak lalinya sekarang ni ialah sedang mencari ilham. Apakah nama yang terbaik untuk diberikan kepada anakanda yang bakal dilahirkan pada Julai nanti(menurut perhitungan doktor). Abe saban hari tanya; "dah senaraikan belum nama-nama yang nak diberikan pada anak kita?" Pening dibuatnya. Nak cari nama pun susah. Tapi saya memang nak menitik-beratkan soal nama ni. Sebab nama juga merupakan doa. Kalau hari-hari kita dipanggil "Farah". Sudah tentulah kita akan sentiasa riang dan gembira. Cuba kalau elok-elok nama kita Abu Bakar. Nama sahabat baik Rasulullah SAW lagi. Tapi dipanggil Burn. Apakah??? Jadi saya mencari nama yang bukan sekadar baik maknanya, tapi mudah bagi orang sekeliling memanggilnya dengan nama tersebut. Maklum, terkadang ada yang gemar memberi nama glamour. [nama-nama yang disebut tadi hanyalah sebagai contoh]

Sejak akhir-akhir ni rancangan "Ustaz Zamri Bercerita" menjadi tontonan saya saban hari. Kisah-kisah superhero & srikandi pada zaman Rasulullah SAW banyak diceritakan. Nama-nama superhero & srikandi tadi turut masuk dalam pertimbangan saya. Tapi nak senarai-pendekkan tu memang pening dibuatnya.

Akhirnya, kepadaNYA jualah kita kembali...kepadaNYA jualah kita minta diberikan petunjuk. Semoga pencarian saya ini diberikan kesudahan yang baik. Semoga anakanda yang bakal dilahirkan ini juga akan menjadi hambaNYA yang beriman & bertaqwa. Ameen...

Seputar Piala Thomas & Uber 2010

10 Mei 2010
Semalam bermulanya Kejohanan Piala Thomas & Uber 2010. Malaysia selaku tuan rumah begitu positif untuk menjuarai Piala Thomas pada kali ini setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1992 ketika zaman kegemilangan Sidek Brothers.

Apa yang nak saya perkatakan, tentang publisiti yang telah diberikan oleh negara kepada sukan ini. Baru-baru ni saya dan abe pulang ke Tangkak. Sepanjang perjalanan pulang ke Pekan, kami mendengar siaran radio dari sebuah stesen radio tempatan ni. Apa yang mendukacitakan, takde langsung publisiti tentang kejohanan badminton yang sudah pun berlangsung. Yang ada pasal kejohanan bola sepak piala dunia. Tak paham betul. Malaysia tak main pun dalam piala dunia tu. Tak habis2 nak promosi. Badminton tu, sekurang2nya boleh dibanggakan pencapaiannya. Siap jadi tuan rumah lagi. Apa la salahnya bagi promosi lebih sket. Katanya, sayangkan Malaysia.

Jadi, sepanjang 9-16 Mei ni melekatla abe depan tv. Die mmg fanatik dgn badminton. Cuma kdg2 kesian kat die. Susah dapat peluang nak main. Katanya takde geng. Nak ajak saya main, mcm tak patut pulak. Nnt la ye abang, lepas pantang boleh ajak saya main. Hehe...

Fasa Baru

28 April 2010
Kini kandungan saya telah mencecah 29 minggu. Nurse pun dah bagi peringatan supaya saya membawa ke mana saja beberapa keperluan baby. Manala tau, baby nak keluar awal. Ikut kata doktor, due 12 julai.

Sepanjang kehamilan saya, macam2 yang telah kami (saya dan abe la. sape lagi) tempuhi. Seawal usia kehamilan 5 minggu, saya sudah duduk wad selama 4 malam. Itu semua gara2 urin test tunjuk positif. Tapi bila scan, doktor tak nampak apa. Dari scanner klinik, sampai la scanner hospital. Akibatnya, saya kena tahan di wad sebab doktor tak dapat nak diagnos lagi masalah saya. Paling mengharukan saya, sepanjang hujung minggu di wad, abe setia menemani saya. Dari pagi sampai la nak dekat isya'. Hari keje pulak, abis keje je terus ke wad. Kesian abe. Dia pulak yang tak terurus. Terima kasih ye abang...

Setelah 4 malam dan keputusan ujian darah saya dah keluar, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah, saya disahkan mengandung normal. Cuma, 2 minggu sekali saya ada temujanji di HTAA sebab cyst. Maka, bermulalah episod kami. Ulang-alik ke HTAA setiap 2 minggu. Masa tu jarak rumah kami ke HTAA lebih kurang 15km je.

Kini, setelah kandungan saya mencecah 29 minggu, kami cuma perlu ke HTAA sebulan sekali. Tapi sekarang jarak rumah kami ke HTAA dalam 40km. Abe lah yang setia menghantar dan menemani saya. Kadang2 abe ada mesyuarat lah, jaga exam lah, terpaksa dia curi2 masa. Terima kasih abang...

Itu belum cerita kadar hb saya yang sentiasa rendah. Tak pernah sampai 11. Pendek cerita, saya sekarang ada 3 tempat rutin yang perlu dilawati : 1) HTAA - temujanji untuk memantau perkembangan cyst. (sebulan sekali) 2) Klinik Peramu - temujanji untuk memantau hb. (2-3 minggu sekali) 3) Klinik Kg. Marhum - temujanji biasa (2minggu sekali)

Mungkin pengalaman saya tidak sesulit ibu2 mengandung yang lain. Tapi saya yakin setiap ibu punya cabaran yang tersendiri, yang hanya dia yang mampu menghadapinya. Bukankah Allah telah berfirman, yang membawa maksud, setiap manusia itu akan diuji, sesuai dengan kemampuannya untuk menghadapi ujian tersebut.

Akhir bicara, sayangilah dan hargailah ibu bapa kita. Walaupun zahirnya kita lihat ibu yang bersusah-payah mengandung, tapi pengorbanan bapa tak mungkin terbalas. Khas buat abang, terima kasih untuk segalanya.

Semboyan Sang Kekasih

18 April 2010 - Ketika ini abe ke pekan. Cari suratkhabar katanya. Pagi-pagi lagi tadi sebenarnya abe dah keluar. Tapi belum sampai suratkhabarnya. Maklum, kami duduk di pedalaman (sebenarnya tak la pedalaman sangat. Pekan, Pahang. Tapi itulah hakikat). Pagi ni kami bersarapan mee goreng. Biasa-biasa saja. Tapi sangat sedap kata abe (kebetulan latu. hehe..saya bukan terror sangat memasak).

Bukan kisah di atas tu yang nak saya kongsikan dalam entry kedua ni. Tapi kisah abe yang best tu yang tak putus-putus meniupkan semboyan supaya saya mengemaskini blog. Sebenarnya baru tiga hari abe tau tentang blog ni. Jadi, setiap hari abe menggalakkan saya supaya update blog. Yela, catatan sulung saya pun dah berusia beberapa minggu. Banyak alasan yang saya berikan. Tapi kesungguhan abe membuatkan saya kesian dengan abe. Abe tetap menyokong saya walaupun saya selalu menunjukkan tanda-tanda kurang berminat setiap kali bercakap tentang blog.

Akhirnya saya merumuskan, manusia memang perlukan kasih seseorang untuk terus maju ke hadapan. Saya perlukan kasih abe untuk terus berjuang mengemaskini blog. Hehe.. Kepada abe yang best, jangan berputus asa untuk meniupkan semboyan. (^_^)

Catatan Sulung

20 Mac 2010
Hari ini telah tercatat satu sejarah dalam bahtera kehidupan saya. Suami telah berkali-kali menggalakkan saya agar memiliki blog sendiri. Katanya, kawan-kawan saya semuanya ada. Selalunya saya membalas, "bohong, tak semuanya ada ye. Along, Ude, Achik takde pun". Tapi suami saya yang best tu tak putus-putus bagi galakkan. Akhirnya harapan beliau termakbul jua hari ni.